Monday 10 October 2011

Harta pusaka sepanjang tepi Sg Klang warisan Raja Abdullah ibn Raja Jaafar

Salam sejahtera,

Apakah nasib cucu cicit almarhum Raja Abdullah yang masih memegang 2 surat watikah dengan cop mohor diraja yang menyatakan bahawa Sg Klang dan jajahan takluknya telah diberi kepada Raja Abdullah dan dipusakai oleh zuriat keturunannya selama-lamanya oleh DYMM almarhum Sultan Mohamad dan DYMM almarhum Sultan Abd Samad?

Siapakah yang perlu dipertanggungjawabkan ke atas harta anak-anak yatim keluarga diraja yang telah menjadi rakyat biasa ini?Adakah DYMM almarhumSultan Abd Aziz Salahuddin yang telah menyerahkan Kuala Lumpur kepada kerajaan Persekutuan BN yang diketuai oleh allahyarham Tun Abd Razak selaku Perdana Menteri ketika itu berunding terlebih dahulu dengan para pewaris Raja Abdullah dan yang paling penting sekali,adakah sebarang bayaran pampasan atau gantirugi dijelaskan kepada mereka akibat kehilangan hakmilik mereka?Apakah selepas tokoh-tokoh ini meninggalkan dunia yang fana' ini persoalan ini turut berkubur bersama mereka?Dan apakah tanggungjawab pewaris tokoh-tokoh ini yang memegang tampuk kuasa kerajaan kini untuk menyelesaikan persoalan ini satu kewajipan yang dituntut Islam?

Adakah kerajaan Persekutuan BN sekarang yang diterajui oleh Dato' Sri Najib selaku anakanda Allahyarham Tun Abd Razak prihatin tentang persoalan ini?Masa akan menentukan...Hak tetap hak tidak mengira siapa pun kita kerana Allah swt berfirman "Tunaikanlah hak Allah dan hak sesama manusia..."jika kamu benar-benar beriman dan mengaku orang Islam serta percaya kepada kehidupan di alam barzakh dan alam akhirat di mana setiap diri manusia akan ditanyai Allah swt dan setiap anggota badannya akan menjadi saksi atas perlakuannya di dunia ini.

Akhir kata, biarlah apa yang dikatakan seiring dengan perbuatan kita apatah lagi jika seorang pemimpin yang
pastinya berada di barisan hadapan di akhirat kelak..